Thursday, 5 January 2012

Performance Management Systems

 
Performance Management Systems





http://www.myperformancemanagementsystems.net/tag/business-performance-management-systems/


Menurut definasi yang diberikan semasa kelas   Dr Nurnaha , Performance Management bermaksud “ process of involving employees in accomplishing your agency`s mission and goal”. Proses ini melibatkan tindakan merancang kerja yang hendak dilakukan dan meletakkan matlamat yang tepat untuk organisasi serta memantau prestasi kerja, mencapai satu kapasiti atau target yang dikehendaki dan melihat kembali prestasi yang telah berjaya dicapai dan akhirnya  memberikan ganjaran yang setimpal ke atas kerja yang baik  yang telah diberikan oleh pekerja tersebut dalam mencapai misi dan objektif organisasi.

Organisasi yang ingin berjaya perlu tahu bahawa untuk  menang dalam pasaran yang kompetitif pada hari ini mereka mestilah perlu  menarik, membangunkan dan mengekalkan pekerja yang berbakat dan produktif dalam organisasi mereka . Maka  cara yang terbaik adalah dengan membentuk dan membangunkan suatu  sistem pengurusan prestasi yang membantu mereka mengupah orang-orang yang berbakat, meletakkan mereka dalam kedudukan yang betul, menjajarkan prestasi individu mereka denga visi, misi dan objektif organisasi yang  strategik dan mencapai standart SMART , membangunkan kebolehan masing-masing, dan memberikan  ganjaran setimpal dengan sumbangan dan kejayaan pekerja memberi kejayaan kepada  organisasi .

 Terdapat beberapa langkah dan peringkat yang boleh dilakukan dalam pengurusan prestasi yang berkesan antaranya:-
 1.        Merancang
Perancangan yang dilakukan oleh organisasi adalah bagi memastikan prestasi pekerja akan dapat mencapai objektif dan misi organisasi. Perancangan ini juga melibatkan jangka masa perlunya sesuatu masa matlamat itu harus dicapai, perancangan yang terbaik perlulah SMART` method` iaiti perlu specifik, boleh diukur, boleh dicapai , realistik dan mempunyai jangka masa. Semua perancangan ini di bukukan atau diformalkan  dan dijadikan sesuatu yang perlu diketahui oleh semua perkerja dalam organisasi.

2.         Pemantauan
Iannya melibatkan  pengurusan prestasi harian iaitu melakukan pemantauan termasuk mengukur prestasi dan memberikan maklum balas kepada pekerja supaya mereka mengetahui prestasi tahap kerja mereka. Komunikasi dua  hala antara pengurus dan pekerja melalui tempoh masa prestasi itu dinilai adalah satu masa yang amat kritikal di dalam proses pengurusan prestasi. Tindak balas dan latihan yang diberi juga boleh dilakukan secara tidak formal bagi mengelakkan pekerja merasa tidak selesa dengan keadaan yang terlalu formal. Pembangunan yang dilakukan melalui  latihan, cabaran atau tugasan akan meningkatkan proses pengurusan prestasi tersebut.

3.         Pembangunan prestasi

                Mengkaji semula prestasi ialah satu proses yang normal di mana, keputusan yang dicapai oleh pekerja dan penilaian kompetensi yang dilakukan kepada pekerja sekurang- kurangnya setahun sekali. Pihak pengurusan membuat penilaian ke atas keputusan dan kelakuan pekerja samada iannya mengalami perubahan atau tidak sebelum atau selepas pengurusan prestasi di lakukan.

4.         Menilai prestasi
Organisasi yang cemerlang  mempunyai sistem penilaian prestasinya yang tersendiri . organisasi menilai dengan cara melihat adakah prestasi pekerja telah menepati dan mencapai  objektif strategik organisasi dan matlamat organisasi. . Di samping itujuga organisasi menyediakan pekerja dengan maklum balas mengenai cara-cara untuk belajar dan meningkatkan kerjaya dan prestasi dalam syarikat atau organisasi.

5.    Memberikan  Ganjaran Prestasi (Best-of-the-Best)
Manusia secara semulajadi sangat suka diberi perhatian dan pujian tak kiralah dalam bentuk kata-kata ataupun perbuatan. Dengan penghargaan harga diri seseorang pekerja akan meningkat dan sekaligus ini akan meningkatkan motivasi seseorang pekerja untuk terus menunjukan prestasi yang terbaik dalam mencapai matlamat dan objektif organisasi.

Dalam mengiktiraf  prestasi,apa  yang penting adalah ianya perlulah berbentuk khusus. Sebagai contoh, dengan berkata sesuatu seperti, "Anda menjalankan tugasnya dengan baik" mempunyai nilai yang sedikit. Ia tidak spesifik cukup untuk individu untuk tahu dengan tepat apa yang membuatkan seseorang t penyelia  itu gembira, dan ia boleh dianggap sebagai tidak ikhlas kerana ia begitu umum. Ia juga penting termasuk memberi ulasan ringkas mengapa prestasi yang diiktiraf adalah penting. Komen tertentu, seperti "Saya perhatikan bahawa dalam dua jam yang lalu, anda telah melebihi piawaian pengeluaran sebanyak 10%. Prestasi standard di atas anda akan membantu kami melebihi objektif kos kami untuk peralihan ini "akan menjadi lebih berkesan dalam membantu individu memahami dengan tepat apa yang penyelia mahu berulang dan lebih cenderung untuk menghasilkan corak tingkah laku yang dikehendaki.
http://perf-pro.com/blog/?p=24- Recognizing and Rewarding Performance: The Art of Encouraging Desired Behaviors


Rujukan :
http://www.pbsconsulting.com/performancemanagement.htm
Linking Pay to Performance Link to article on “Linking Pay to Performance” in Issue 22/1998)
http://www.myperformancemanagementsystems.net/tag/business-performance-management-systems

(665 patah perkataan )