Apabila kita mendengar perkataan` recruiting dan selection` secara seimbas lalu kita akan terfikir bahawa itu merupakan proses pengambilan dan pemilihan seorang pekerja dalam sesebuah organisasi. Sebenarnya perkataan ‘recruitment’ dan ‘selection’ mempunyai maksud dan proses yang berbeza. Saya ingin menerangkan dahulu apa yang saya faham berdasarkan maklumat dan penerangan yang saya perolehi semasa kelas dengan Dr Naha .
1. 1.Pengambilan adalah proses mencari calon-calon untuk pekerjaan dan merangsang mereka untuk memohon pekerjaan di organisasi manakala pemilihan melibatkan siri langkah-langkah yang mana calon-calon yang telah disaring untuk memilih orang yang paling sesuai untuk jawatan-jawatan kosong.
2. Tujuan asas recruitments untuk mewujudkan sekumpulan bakat calon untuk membolehkan pemilihan calon yang terbaik untuk organisasi, dengan menarik lebih ramai pekerja untuk memohon dalam organisasi manakala tujuan asas proses pemilihan adalah untuk memilih calon yang betul mengisi pelbagai jawatan dalam organisasi (picking the right person for the right job).
3. Pengambilan adalah iaitu proses positif yang menggalakkan lebih ramai pekerja untuk memohon manakala pemilihan adalah satu proses yang negatif kerana ia melibatkan penolakan terhadap calon-calon yang tidak sesuai.
4. Pengambilan adalah berkenaan dengan memanfaatkan sumber sumber manusia manakala pemilihan adalah berkenaan dengan memilih calon yang paling sesuai melalui temu bual dan pelbagai ujian.
5. Tiada kontrak pengambilan yang ditubuhkan pada pengambilan manakala keputusan pemilihan dalam sesuatu kontrak perkhidmatan di antara majikan dan pekerja yang dipilih.
2. Tujuan asas recruitments untuk mewujudkan sekumpulan bakat calon untuk membolehkan pemilihan calon yang terbaik untuk organisasi, dengan menarik lebih ramai pekerja untuk memohon dalam organisasi manakala tujuan asas proses pemilihan adalah untuk memilih calon yang betul mengisi pelbagai jawatan dalam organisasi (picking the right person for the right job).
3. Pengambilan adalah iaitu proses positif yang menggalakkan lebih ramai pekerja untuk memohon manakala pemilihan adalah satu proses yang negatif kerana ia melibatkan penolakan terhadap calon-calon yang tidak sesuai.
4. Pengambilan adalah berkenaan dengan memanfaatkan sumber sumber manusia manakala pemilihan adalah berkenaan dengan memilih calon yang paling sesuai melalui temu bual dan pelbagai ujian.
5. Tiada kontrak pengambilan yang ditubuhkan pada pengambilan manakala keputusan pemilihan dalam sesuatu kontrak perkhidmatan di antara majikan dan pekerja yang dipilih.
(http://recruitment.naukrihub.com/recruitment-vs-selection.html)
Pengambilan dan pemilihan pekerja dalam sesebuah organisasi merupakan fungsi yang amat penting untuk menjamin kejayaan pengurusan sumber manusia. Tanpa strategi pengambilan dan pemilihan yang baik, organisasi akan mengalami beberapa kesan negatif. Huselid (1994) serta Stewart dan Knowles (2000) menegaskan bahawa amalan pengambilan dan pemilihan pekerja akan memberi kesan ke atas prestasi organisasi secara keseluruhannya.
Gatewood dan Feild (1994) serta Scholarios, Lockyer dan Johnson (2003) mendefinisikan pengambilan dan pemilihan pekerja sebagai proses mengumpul dan menilai maklumat mengenai individu dalam proses menawarkan pekerjaan. Pengambilan adalah proses menarik minat seberapa ramai calon untuk memohon pekerjaan dalam organisasi (Flynn, 1994; Farnham & Stevens, 2000; Min & Kleiner, 2001; Scholarios et al., 2003; Fish & Macklin, 2004).
Seperti mana yang kita ketahui pengambilan pada hari ini semakin mencabar kerana terdapat ramai calon yang berkelayakan memohon sesuatu kekosongan jawatan. Pada kebiasaannya proses pengambilan bermula apabila seseorang pengurus mengisi borang khas untuk memohon pekerja. Ia adalah satu dokumen lengkap yang mengandungi nama jawatan, jabatan yang memohon, tarikh pekerja diperlukan dan pengesahan daripada pengurus besar syarikat. Berdasarkan maklumat tersebut, seseorang pengurus sumber manusia akan merujuk kepada diskripsi tugas untuk mengenal pasti kelayakan yang diperlukan bagi memenuhi keperluan pengambilan organisasi.
Namun pada hari ini di zaman yang bergerak diatas teknologi dan sistem, kita dapat melihat pengambilan dan pemilihan calon untuk mengisi kekosongan jawatan dalam sesebuah organisasi adalah lebih efektif , efisyen dan dah sistemetik melalui E-pengrekruitan contohnya melalui web Job Street Malaysia , Carian Kerja Online, Jobmalaysia.gov dan sebagainya.
Dengan menggunakan system secara online ini majikan mengiklankan kekosongan di dalam internet dan semua yang layak boleh memohon secara terus dengan mengisi maklumat-maklumat berkaitan profile diri, kelayakan , pengalaman dan sebagainya yang berkaitan dengan bidang pekerjaan yang dipohon. Dengan E-pengrekruitan ini majikan akan lebih mudah dalam membuat pengambilan pekerja.
Pemilihan pekerja pula adalah proses mengenal pasti dan memilih pekerja yang terbaik untuk organisasi. Pemilihan pekerja amat berkait rapat dengan pengambilan kerana kedua-duanya melibatkan proses menempatkan individu dalam organisasi. Pemilihan pekerja amat dipengaruhi oleh strategi pengambilan yang digunakan. Ini bermakna strategi pengambilan yang baik dapat menarik seberapa ramai calon untuk memohon jawatan tersebut dan pemilihan pekerja dapat dilakukan dengan lebih berkesan.
Pengrekruitan berasaskan web ini telah membuktikan bahawa dunia sekarang semakin canggih. Dengan adanya sistem pengambilan secara online melalui web ini kita dapat melihat beberapa kebaikan dan kemudahan daripada sistem ini antaranya:-
i. Di dalam proses pengrekruitan, organisasi boleh mencapai sasaran yang besar di mana mereka boleh memperoleh sejumlah calon yang besar sewaktu proses itu berlangsung.
ii. Proses pengrekruitan juga boleh menjimatkan masa dan kos yang perlu dikeluarkan oleh organisasi. Hal ini apabila organisasi telah mempunyai pilihan calon yang ramai sewaktu proses ini berlansung, maka mereka tidak lagi memerlukan masa atau kaedah yang lain untuk memanggil calon untuk ditemuduga.
iii. Proses ini juga melibatkan proses pemilihan menjadi lebih mudah kerana iannya tidak memerlukan satu jangka masa yang lama untuk mencari calon untuk mengisi kekosongan.
iv. Pengrekruitan juga membolehkan organisasi mahupun majikan memperoleh informasi dengan lebih cepat berhubung dengan calon ataupun perkara yang berkaitan dengan calon serta jawatan yang dipohon.
Menurut Cohen, 2001 pada tahun 1997 kajian menunjukkan hanya kira-kira 11 peratus daripada majikan AS telah menggunakan Web untuk pengrekruitan dari luar, di mana iannya telah mencapai 80 peratus pada hari ini dan dijangka untuk akan mencapai sehingga 100 peratus dalam beberapa tahun akan datang. Hal ini dengan jelas menunjukkan bahawa pengrekruitan adalah satu perkara yang paling utama yang dibuat oleh organisasi untuk pengambilan pekerja baru.
(784 patah perkataan )
No comments:
Post a Comment