Tuesday, 3 January 2012

Web Based Technology & Employee Learning and Development (ELD)


Kemunculan teknologi digital dan pengluasan penggunaan internet telah membawa kepada e-pembelajaran melalui mel elektronik, Internet, World Wide Web(WWW) dan multimedia. E-pembelajaran ini juga telah merangkumi bidang pembelajaran dan pembangunan kerjaya pekerja dalam sesebuah organisasi.
Morgan, Keegan dan Associates menganggarkan perbelanjaan dalam semua bentuk pembelajaran masa kini melebihi $750 billion Amerika Syarikat dan 2 trillion di seluruh dunia. E-pembelajaran bermaksud latihan yang dikendalikan menerusi internet atau rangkaian internet syarikat . Ia lahir pada awal 80-an dan  CD-ROM (Compact Disc Read Only Memory) digunakan untuk mengajar kemahiran teknikal kepada pekerja teknikal . kini kemajuan kian pesat dan pembelajaran sekarang telah berkembang dengan cara penggunaan web dan internet.

Menurut Rossernberg (2001), ELD merujuk kepada penggunaan teknologi internet untuk menyampaikanpenyelesaian yang luas yang meningkatkan pengetahuan dan prestasi . antara fungsi   ELD adalah
i.                     ELD meningkatkan dan memperbaiki  prestasi pekerja dengan organisasi . Di mana dengan adanya ELD, para pekerja sentiasa mempelajari sesuatu yang baru di dalam sesuatu bidang untuk meningkatkan prestasi syarikat.
ii.                   Program pembangunan yang diatur oleh syarikat dapat menyiapkan diri para  pekerja dan  memastikan mereka sentiasa bersaing untuk hasil kerja yang lebih baik pada masa hadapan.
iii.        ELD juga dapat meningkatkan KSA (knowledge, Skill dan Attitudes) pekerja terhadap kerja mereka dan memastikan mereka “competitiveness and will perform in thei work”
iv.                 ELD juga dapat membantu pihak pengurusan mengurangkan beban kerja mereka. Sebagai contoh, jika sesebuah organisasi masih menggunakkan modul dam kaedah lama dalam menyampaikan latihan, hal ini sudah tentu melibatkan satu sesi latihan yang panjang dan melibatkan penggunaan kertas kerja yang sangat banyak, namun sebaliknya berlaku jika ELD dijalanakan dengan berasaskan web dan teknologi, sesi pembelajaran dan pembangunan pekerja itu dijalankan secara maya dan tidak melibatkan sesuatu yang rumit. 

        Pada pendapat saya, ELD  adalah satu sistem yang sangat penting untuk setiap pekerja dalam sesebuah organisasi. Ia adalah kerana ELD  dapat digunakan untuk memerhati dan menganalisis pembangunan kerjaya pekerja dan menganalisa setiap program yang dijalankan sama ada berjaya atau tidak. ELD adalah terpakai kepada semua perniagaan dan tujuan akademik kerana, mereka boleh menggunakan teknologi berasaskan web seperti internet untuk menyampaikan latihan dan melaksanakan kaedah pengajaran talian.

 Dari kelas yang sebelumnya, saya dapat mempelajari bahawa dengan menggunakan ELD, pekerja yang mampu untuk memperbaiki dan membetulkan prestasi mereka, ia adalah kerana organisasi menjalankan latihan untuk membolehkan pekerja meningkatkan kemahiran pengetahuan dan sikap mereka (KSA) ke arah semasa mereka kerja. Disamping itu, dengan menganalisis pembangunan kerjaya pekerja, ia juga berjaya mengurangkan tahap tekanan yang disebabkan oleh beban lebih kerja di kalangan pekerja.


(415 patah perkataan)

No comments:

Post a Comment