Assalamualaikum W.B.T dan Salam satu Malaysia..
Buat pertama kalinya bagi menyempurnakan tugasan untuk subjek SHP 3423 yang diberikan oleh pensyarahku Dr Nur Naha ...aku menulis blogku sendiri.
Namaku Masini Bte Abd Latif. Berusia 34 tahun...masih lagi cik (Insyaallah semasa Dr Nur Naha membaca dan membuat penilaian tentang blogku ini...statusku mungkin akan berubah menjadi PUAN...Amin).Aku dibesarkan di Segamat Johor. Aku merupakan anak bongsu dan puteri tunggal dalam keluargaku.
Semasa di sekolah aku merupakan pelajar yang aktif...menjawat jawatan sebagai pengerusi Sidang Redaksi semasa di tingkatan 6, juga merupakan Penolong Ketua Pengawas semasa di tingkatan 5, Naib Pengerusi Kelab Ketua-Ketua Tingkatan semasa di tingkatan 4 dan banyak lagi. Selain aktif dalam sukan bola jaring aku juga aktif menyertai pertandingan Forum , Perbahasan dan penulisan esei di sekolah. Selepas menamatkan persekolahanku di tingkatan 6 Sekolah Tinggi Segamat, aku telah di bawa oleh keluarga angkatku ke Johor Bahru dan di sinilah bermulanya penghidupan dewasaku.
Aku bekerja di Pertubuhan Kebajikan Anak Yatim Johor atau lebih dikenali dengan nama Rumah Barkat. Masuk tahun ni lebih kurang 12 tahun aku telah bekerja di sini. Asalnya hanya sebagai pengasuh menjaga anak-anak sambil tu mengajar tuisyen pada sebelah malamnya.
Sambil-sambil bekerja aku telah melanjutkan pelajaranku mengambil Diploma Sains Komputer di Universiti Teknologi Malaysia , Skudai. Selepas berjaya memperolehi Diploma pada tahun 2007, majikanku telah menaikan jawatanku sebagai Pengelola Pendidikan ,Kebajikan dan Hal Ehwal Anak disini. Dengan jawatan baru ini aku telah didedahkan dengan urusan-urusan kerja di bahagian pentadbiran dan pengurusan . Oleh kerana itu aku sekali lagi mengorak langkahku menimba ilmu dengan melanjutkan pengajianku di UTM dalam jurusan Ijazah Sarjana Muda Pembangunan Sumber Manusia.
Sepanjang berkhidmat di sini banyak pengalaman yang aku perolehi. Menjaga anak yatim bukan semudah yang kita sangka. Banyak dugaannya. Sekiranya kita berjaya menghadapi dugaan ini , memang kita akan merasai kelebihannya. Rasulullah anak yatim,Rasullullah sayang dengan anak yatim ,Rasullullah juga sayang dengan orang-orang yang menjaga anak yatim.
Aku menyeru kepada masyarakat di luar sana..marilah kita menjalankan tanggungjawab kita terhadap golongan seperti ini, orang miskin,orang yang kurang berkemanpuan, golongan yang memerlukan bantuan kita. Ingatlah dengan adanya golongan seperti ni , mereka sebenarnya memberi ruang dan peluang pahala untuk kita .
Wednesday, 26 October 2011
Tuesday, 25 October 2011
`The Web And Key Trends Changing Human Resources`
Kemunculan teknologi atau perubahan dalam teknologi membuat hidup manusia menjadi mudah. Dewasa ini kita dapat melihat adanya peningkatan yang begitu pesat dalam teknologi dan sistem maklumat. Kita boleh melihat peningkatan dalam teknologi sistem maklumat ini sangat memberi kesan kepada perubahan sumber manusia. Sebagai contoh, organisasi yang mempunyai Sistem Maklumat Sumber Manusia (HRIS) yang mantap seperti SHELL, Petronas, Walmart , AMAZON dan banyak lagi begitu mudah menguruskan sumber manusia di syarikat mereka walaupun melibatkan jumlah pekerja yang begitu ramai dan melibatkan pengurusan luar negara. Sebenarnya, sebelum ini, saya tidak mempunyai idea tentang HRIS sehingga saya mengambil kursus HR di Universiti Teknologi Malaysia.
Sebenarnya bila kita nak buat apa sahaja...kita perlu ada ILMU.Bila dah ada ilmu, kita akan rancang pekerjaan kita dengan baik. Perancangan ini membantu kita untuk membuat sistem kita sendiri. Pada pendapat saya sistem sumber maklumat ini merupakan satu keperluan yang perlu ada untuk memastikan sesuatu organisasi itu akan berjaya.
Melalui subjek ini kita boleh mengetahui bagaimana kita boleh mengatur strategi untuk memastikan organisasi kita berjaya.Dan untuk menguasai pasaran kita perlu ada teknologi sistem maklumat sumber manusia yang mantap. Teknolgi maklumat menjadikan 'dunia tanpa sempadan' dan 'maklumat dihujung jari'.
Definisi HRIS, Human Resources Information System (HRIS) adalah program aplikasi komputer yang mengatur cara pengelolaan dan perlaksanaan pengurusan SDM di syarikat bagi menyokong proses membuat keputusan atau biasa disebut dengan Decision Support System dengan menyediakan pelbagai maklumat yang diperlukan.
Pengertian menurut wikipedia.com, yang dimaksudkan HRIS adalah sebuah bentuk interseksi / pertemuan antara bidang ilmu pengurusan sumber manusia (MSDM) dan teknologi maklumat. Sistem ini menggabungkan MSDM sebagai suatu disiplin yang utamanya mengaplikasikan bidang teknologi maklumat ke dalam aktiviti-aktiviti MSDM seperti dalam hal perancangan, dan menyusun sistem pemprosesan data siri langkah-langkah yang terstandarisasi dan terangkum dalam aplikasi perancangan sumber syarikat / enterprise resource planning (ERP).
Secara keseluruhan sistem ERP bertujuan mengintegrasikan maklumat yang diperolehi dari aplikasi-aplikasi yang berbeza ke dalam satu sistem pangkalan data yang bersifat universal. Keterkaitan dari modul pengiraan kewangan dan modul MSDM melalui satu pangkalan data yang sama merupakan perkara yang sangat penting yang membezakannya dengan bentuk aplikasi lain yang pernah dibuat sebelumnya, menjadikan aplikasi ini lebih fleksibel tetapi juga lebih kaku dengan peraturan-peraturannya.
HRIS merupakan satu sistem di mana segala info mengenai Sumber Manusia dikumpul dan diproses untuk tujuan meningkatkan keberkesanan organisasi. Integrasi HRM dan Sistem Maklumat (IS) sangat berguna untuk organisasi melaksanakan fungsi-fungsi sumber manusia dengan cara yang lebih berkesan dan sistemetik menggunakan teknologi .
Fungsi HRIS
Fungsi HRIS mempunyai empat aktiviti utama iaitu:
1. Perekrutan dan Penerimaan (Recruiting and Hiring). SDM membantu menerima pegawai baru ke dalam syarikat. Sumber Manusia selalu mengikuti perkembangan terkini dalam peraturan kerajaan yang mempengaruhi amalan pekerjaan dan menasihati pihak pengurusan untuk menentukan polisi yang sesuai.
2. Pendidikan dan Latihan. Selama tempoh pekerjaan seseorang, SDM boleh menetapkan pelbagai program pendidikan dan latihan yang diperlukan untuk meningkatkan pengetahuan dan kemahiran kerja pegawai.
3. Pengurusan Data. SDM menyimpan database yang berkaitan dengan pegawai dan memproses data tersebut untuk memenuhi keperluan maklumat pengguna.
4. Penamatan dan admistrasi Faedah. Selama seseorang digaji oleh syarikat mereka menerima pakej faedah. Setelah penamatan, SDM mengurus program bersara syarikat bagi bekas pegawai yang berhak.
1.Jogiyanto. Sistem Teknologi Informasi. Andi, Yogyakarta :249 257.
2. Cornelius, Nelarine. 2005: 253-5. Information Technology in support of HRM.
Cita-citaku
Namaku Masini Bte Abd Latif. Aku merupakan anak seorang tukang rumah yang berasal jauh dipendalaman. Aku dibesarkan dalam suasana keluarga yang agak susah.Aku anak bongsu satu-satunya puteri tunggal dalam keluargaku. Bersekolah di segamat dan selepas menamatkan pelajaran ditingkatan 6 aku berhijrah ke Johor Bahru dan bekerja di Pertubuhan Kebajikan Anak Yatim Johor.
Dulu aku bercita-cita ingin melanjutkan pelajaran ke universiti namun tidak kesampaian kerana masalah keluarga .Walaupun aku merupakan pelajar terbaik SPM di sekolahku ,aku hanya mampu ke tingkatan 6. Atas keinginan itu aku cuba menyambung cita-citaku semasa bekerja dan alhamdulillah aku berjaya melanjutkan pengajianku di UTM dan berjaya memperolehi Diploma Sains Komputer di UTM tahun 2007. Kemudian melanjutkan lagi cita-citaku untuk menggenggam segulung ijazah dengan mengambil bidang Ijazah Pengurusan Sumber Manusia juga di UTM bermula penghujung tahun 2008.
Aku bersyukur dengan nikmat yang Allah berikan kepadaku.
Dulu aku bercita-cita ingin melanjutkan pelajaran ke universiti namun tidak kesampaian kerana masalah keluarga .Walaupun aku merupakan pelajar terbaik SPM di sekolahku ,aku hanya mampu ke tingkatan 6. Atas keinginan itu aku cuba menyambung cita-citaku semasa bekerja dan alhamdulillah aku berjaya melanjutkan pengajianku di UTM dan berjaya memperolehi Diploma Sains Komputer di UTM tahun 2007. Kemudian melanjutkan lagi cita-citaku untuk menggenggam segulung ijazah dengan mengambil bidang Ijazah Pengurusan Sumber Manusia juga di UTM bermula penghujung tahun 2008.
Aku bersyukur dengan nikmat yang Allah berikan kepadaku.
Subscribe to:
Posts (Atom)