Assalamualaikum W.B.T dan Salam satu Malaysia..
Buat pertama kalinya bagi menyempurnakan tugasan untuk subjek SHP 3423 yang diberikan oleh pensyarahku Dr Nur Naha ...aku menulis blogku sendiri.
Namaku Masini Bte Abd Latif. Berusia 34 tahun...masih lagi cik (Insyaallah semasa Dr Nur Naha membaca dan membuat penilaian tentang blogku ini...statusku mungkin akan berubah menjadi PUAN...Amin).Aku dibesarkan di Segamat Johor. Aku merupakan anak bongsu dan puteri tunggal dalam keluargaku.
Semasa di sekolah aku merupakan pelajar yang aktif...menjawat jawatan sebagai pengerusi Sidang Redaksi semasa di tingkatan 6, juga merupakan Penolong Ketua Pengawas semasa di tingkatan 5, Naib Pengerusi Kelab Ketua-Ketua Tingkatan semasa di tingkatan 4 dan banyak lagi. Selain aktif dalam sukan bola jaring aku juga aktif menyertai pertandingan Forum , Perbahasan dan penulisan esei di sekolah. Selepas menamatkan persekolahanku di tingkatan 6 Sekolah Tinggi Segamat, aku telah di bawa oleh keluarga angkatku ke Johor Bahru dan di sinilah bermulanya penghidupan dewasaku.
Aku bekerja di Pertubuhan Kebajikan Anak Yatim Johor atau lebih dikenali dengan nama Rumah Barkat. Masuk tahun ni lebih kurang 12 tahun aku telah bekerja di sini. Asalnya hanya sebagai pengasuh menjaga anak-anak sambil tu mengajar tuisyen pada sebelah malamnya.
Sambil-sambil bekerja aku telah melanjutkan pelajaranku mengambil Diploma Sains Komputer di Universiti Teknologi Malaysia , Skudai. Selepas berjaya memperolehi Diploma pada tahun 2007, majikanku telah menaikan jawatanku sebagai Pengelola Pendidikan ,Kebajikan dan Hal Ehwal Anak disini. Dengan jawatan baru ini aku telah didedahkan dengan urusan-urusan kerja di bahagian pentadbiran dan pengurusan . Oleh kerana itu aku sekali lagi mengorak langkahku menimba ilmu dengan melanjutkan pengajianku di UTM dalam jurusan Ijazah Sarjana Muda Pembangunan Sumber Manusia.
Sepanjang berkhidmat di sini banyak pengalaman yang aku perolehi. Menjaga anak yatim bukan semudah yang kita sangka. Banyak dugaannya. Sekiranya kita berjaya menghadapi dugaan ini , memang kita akan merasai kelebihannya. Rasulullah anak yatim,Rasullullah sayang dengan anak yatim ,Rasullullah juga sayang dengan orang-orang yang menjaga anak yatim.
Aku menyeru kepada masyarakat di luar sana..marilah kita menjalankan tanggungjawab kita terhadap golongan seperti ini, orang miskin,orang yang kurang berkemanpuan, golongan yang memerlukan bantuan kita. Ingatlah dengan adanya golongan seperti ni , mereka sebenarnya memberi ruang dan peluang pahala untuk kita .
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment