Dengan adanya IS , sesuah syarikat itu dapat mengatasi masalah persaingan yang wujud dalam dunia perniagaan. Persaingan sebenarnya sangat perlu dalam perniagaan kerana ia akan :-
i) Mewujudkan inovasi dan kualiti dalam pengeluaran sesuatu prodak ataupun perkhidmatan .
ii) Menjadikan sebuah organisasi itu lebih cekap, lebih mantap dan dapat membina perniagaan yang berkualiti.
iii) Faktor yang membuatkan syarikat sentiasa berfikir , berusaha dan bertindak untuk menang dalam persaingan yang wujud dalam perniagaan .
Organisasi yang sentiasa mahu bersaing akan mendapat tempat dalam industri mereka sendiri, iaitu perniagaan yang sentiasa menawarkan produk yang lebih baik dari segi kualitinya. Persaingan ini pastinya juga akan memberi keuntungan dan kebaikan kepada pengguna. Contohnya Syarikat Sony dengan motonya 'How diffrent life because of technology' sentiasa mencari idea yang kreatif utnuk memastikan produknya berkualiti dan mampu bersaing dengan syarikat-syarikat lain seperti LG, Panasonic dan sebagainya.
Bagi memudahkan pemahaman, saya ingin memberi contoh persaingan antara syarikat Produa dengan Syarikat Proton dalam industri pengeluaran kereta di Malaysia.
a) 'Rivalry of competitor within its industry'.
Pertentangan dikalangan industri pastinya wujud kerana masing-masing ingin mengekalkan industi mereka dalam dunia pernigaan yang serba serbi penuh cabaran . Contohnya dalam industri pembuatan kereka , kita sedia maklum syarikat proton menghadapi pesaingnya dengan syarikat sedia ada dalam pasaran iaitu syarikat Produa. Hanya syarikat yang mampu berdaya saing sahaja akan dapat bertahan dan mampu mencapai keutungan dalam pasaran.
b) `New entrants into an industry and its markets`.
Pesaing baru dalam pasaran juga merupakan satu cabaran dalam sesuatu industri. Contohnya di Malaysia selain syarikat tempatan syarikat pengeluaran kereta lain seperti CHERY juga memberikan kesan kepada pembelian kereta Proton atau Produa. Syarikat
CHERY Automobile telah mengambil langkah untuk memasang 2
model baru MPV dan SUV nya di Malaysia yang pastinya memberi saingan hebat kepada pembuat kereta lain di Malaysia. 2 Model itu adalah B14 dan Tiggo.Diramalkan tahun ini dan tahun hadapan (2008 & 2009) adalah jangkamasa pasaran
kenderaan MPV dan SUV mendapat samburan ramai. Kerana itu, kehadiran 2 model SUV dan MPV ini dilihat sebagai satu strategy bagus oleh Chery untuk menguasai pasaran Malaysia.
c) `Substitude products that may capture market share`
Produk gantian yang boleh menguasai pasaran juga merupakan satu persaingan dalam industri. Contohnya selain kereta pelanggan juga boleh didedahkan dengan penggunaan basikal , motosikal, kenderaan awam untuk pergi ke destinasi yang diinginkan dan sebagainya. Cabaran-cabaran seperti inilah yang akan menyebabkan syarikat pengeluar akan sentiasa mencari dan mengggunakan teknologi maklumat dan teknologi pembuatan untuk untuk mengetahui strategi pasaran, kuasa permintaan pengguna, teknik pemasaran dan sebagainya.
d) `Bargaining power of customers`
Kuasa yang ada pada pelanggan membuatkan pelanggan ada kuasa untuk membuat pilihan. Matlamat pelanggan adalah kepuasan sedangkan matlamat pengeluar adalah keuntungan . Kuasa pelanggan ini akan membuatkan syarikat dengan teknologi maklumat yang ada , akan menghasilkan produk yang dapat memberikan kepuasan yang maksimum kepada pelanggan dengan harga yang berpatutan dan sekaligus akan mengikat pelanggan untuk terus menyukai produk yang dihasilkan oleh sesebuah syarikat.
e)`Barganing power of suppliers`.
Kuasa pembekal bermaksud peniaga mempunyai kuasa mebuat pilihan untuk membuat keputusan tentang strategi yang digunakan untuk mereka terus bertahan dan bersaing dalam pasaran. Contohnya syarikat produa dan proton mempunyai kuasa dalam memberi harga terhadap produk mereka, merekabentuk kereta mengikut permintaan pelanggan dan sebagainya.
Persaingan akan mewujudkan strategik dalam industri . Strategik persaingan adalah:-
a)`Cost Leadership`
Pengeluar biasanya akan cuba meletakan harga yang berpatutan (rendah) berbanding pesaing mereka untuk memastikan pelanggan terus kekal .
b) 'Differentiation Strategy'.
Pengeluarkan produk yang menarik dan berbeza dengan produk yang ada dipasaran akan menjadikan produk tersebut lebih diminati. Pelanggan biasanya cenderung untuk mencuba sesuatu yang baru sekiranya mereka merasakan produk tersebut menarik .
c) `Innovation Strategy`
Pengeluar yang bijak akan menghasilkan produk atau perkhidmatan yang unik, mesra pelanggan dan terbaik untuk menarik minta pelangganya. Contohnya Amazon dapat menguasai pasaran dengan pernigaan secara online. Pengguna hanya perlu mengakses laman webnya dan boleh membeli apa sahaja tanpa perlu keluar dari rumah. Segala-galanyanya boleh dibeli hanya dengan menggunakan hujung jari.
d) 'Growth strategy'
Stretegik pertumbuhan ialah strategik yang digunakan untuk memperkembangkan perniagaan keperingkat global/antarabangsa. Contohnya syarikat Walmart dengan menggunakan teknologi sistem EDI boleh memperluaskan pernigaannya melalui sistem perhubungan dengan syarikat-syarikat supplier . Cntohnya sistem penyimpanan barang di walmart dihubungkan secara terus melalui teknologi komputer dengan syarikat pembekal. Jadi syarikat pembekal akan menghantar barangnya sekiranya sistem merekodkan stok barang telah berkurangan . Sistem sangat membantu perkembangkan perniagaan Walmart sehingga walmart menjadi sebuah pasaraya terbesar dunia.
Rujukan :
www.arenakereta.com/
en.wikipedia.org/wiki/Human_resource_management_system
Http:www.scribd.com/doc/51730547/HUMAN-RESOURCE-MANAGEMENT-SYSTEM