Monday, 28 November 2011

Introduction

Pada asalnya aku merasakan subjek ini pasti membosankan sebab dah selalu jumpa dengan subjek yang berkaitan sumber manusia. Semester lepas tentang prinsip pembangunan sumber manusia , semester ni tentang sistem maklumat sumber manusia pulak.  Tapi bila dah masuk kelas nie , rasa best sangat  sebab pertama kerana dapat mengenali Dr Nur Naha. Kelas nie menarik kerana Dr dapat menarik kami dengan gayanya tersendiri..satu-satunya lecture yang cukup murah dengan SENYUMAN . Kedua...best dengar cara dia bercakap dalam bahasa Inggeris...(alangkah baiknya kalau kita boleh bercakap BI seperti dia) dan ketiga rasa seronok kerana Dr Nur Naha mempunyai persenoliti yang sangat menarik. Dia mengajar dengan penuh kasih sayang..selalu tersenyum..selalu tanya kita faham tak apa dia ajar...selalu minta kita soal dia..selalu buat joke bila nampak kami dah tak fokus, seronok dapat mengetahui banyak pekara baru yang dibawa oleh Dr Nur Naha Abd Mansor.  Rasa free nak  bagi idea dan Dr pun suruh kita buat blog masing-masing dan galakan kita beri komen secara "free" untuk subjek nie (Pengalaman pertama buat blog).

Sebenarnya bila kita nak buat apa sahaja...kita perlu ada ILMU.Bila dah ada ilmu, kita akan rancang pekerjaan kita dengan baik. Perancangan ini membantu kita untuk membuat sistem kita sendiri.  Pada pendapat saya sistem sumber maklumat ini merupakan satu keperluan yang perlu ada untuk memastikan sesuatu organisasi itu akan berjaya.

Melalui subjek ini kita boleh mengetahui bagaimana kita boleh mengatur strategi untuk memastikan organisasi kita berjaya.Dan untuk menguasai pasaran kita perlu ada teknologi sistem maklumat sumber manusia yang mantap. Teknolgi maklumat menjadikan 'dunia tanpa sempadan' dan 'maklumat dihujung jari'.

No comments:

Post a Comment