Monday, 28 November 2011

'On Globalising HRIS'

Menurut Dr Nur Naha, globalisasi memberi maksud dunia tanpa sempadan. Globalisasi menjadikan hubungan antara manusia semakin dekat dan mudah walaupun berada berlainan negara atau tempat. Contohnya dengan teknologi komunikasi individu A yang berada di Arab Saudi dapat berkomunikasi dengan individu B yang berada di Malaysia.

 Terdapat 3 strategi yang berlainan yang diperlukan untuk memastikan  sesebuah organisasi memilih model yang terbaik untuk diaplikasikan dalam organisasinya.

1.     Pekara yang perlu dititikberatkan adalah bagaimana model tersebut boleh memberi respond kepada model yang diaplikasikan . Contohnya HSBC bank di Malaysia perlu mempunyai sistem yang berbeza dengan HSBC bank di negara lain agar boleh disesuaikan keadaanya mengikut kepeluan pengguna di Malaysia. Sistem ini perlu boleh memberi feedback atau respond terhadap penggunaan sebrang model yang di pilih.

2.   Aspek kedua adalah melihat kepada kecekapan melalui hubungan secara global. Adakah model ini benar-benar efisen dan berupaya menguruskan dan mengendalikan sebarang urusan yang berkaitan dengan persaingan dan perniagaan dalam industri . Model yang dipilih harus memberi manafaat kepada organisasi.

3.   Aspek kemampuan perkongsian maklumat dan inovasi juga merupakan aspek yang sangat penting dalam memilih model yang digunakan dalam HRIS. Kemampuan model dalam menyebarkan maklumat dan produknya akan menjadikan pernigaan atau perkhidmatan yang dijalankan dapat berkembang dan bersaing diperingkat antarabangsa.

Terdapat 4 model yang utama yang dapat dilihat dalam HRIS.

1.  Model Multinational
Dalam model , organisasi mengambil pendekatan yang responsive untuk menguruskan sistem sumber manusia dengan mengambil kira perbezaan budaya atau persekitaran dan sensivitivi sesuatu tempat. Melalui model ini organisasi perlu mengurus pelbagai potfolio, menggalakan operasi tempatan secara bebas, memberikan kebebasan autonomi dalam syarikat .

2.  Model Global 
Model ini memerlukan syarikat memberikan pendekatan efisen di dalam melaksanakan dan mentadbir sistemnya dengan membina satu pusat sistem yang piawai atau standard. Selalunya pendekatan ini memerlukan keperluan tempatan yang menima.

3. Model International 
Model ini mengambil kira pendekatan pembelajaran dan perkongsian untuk melaksanakan dan menguruskan HRIS. Ianya dilakukan dengan cara memindahkan dan menyesuaikan diri dengan pengetahuan dan kepakaran yang dimiliki kepada organisasi tempatan disamping terus mengekalkan pengaruh yang agak besar dan kawalan ke atas organisasi-organisasi tempatan. Organisasi juga dilihat sebagai satu unit tambahan yang wujud hanya untuk menjalankan matlamat organisasi. Model ini lebih dilihat kepada model yang berada diantara model Multinational dan model Global .

4. Model Transnational. 
Model ini adalah gabungan dariapda model -model yang ada diatas. Model ini dikatakan  model yang paling baik yang boleh digunakan di dalam kebanyakan organisasi. Model ini mengggalakan persaingan yang efisyen, menggalakan peranan dan tanggungjawab yang boleh diubah, mencipta pembelajaran organisasi melalui fasilitis yang ada . Contohnya melalui rangkaian yang canggih dan sistemetik, masalah yang dihadapi oleh mana-mana syarikat dapat diatasi bersama dengan organisasi di luar negara.


Rujukan:
http://www.eghrmis.gov.my/
http://www.jeitosa.com/service/global-organizational-effectiveness-goe/
www.mcgraw-hill.co.uk/html/007136515X.html

No comments:

Post a Comment