Monday, 28 November 2011

`Summary`

Secara kesimpulannya, penerapan HRIS dalam pengurusan sumber manusia sangat penting di era globalisasi ini. Organisasi kecil mahupun besar tidak boleh menafikan atau memperlekehkan keperluan penggunaan teknologi dalam pembangunan sumber manusia. Pengurusan secara sistemetik dengan menggunakan   sistem yang terbaik akan memberi banyak faedah terhadap perkembangan dan keuntungan organisasi antaranya: 
1.HRIS dapat mengoptimakan penggunaan sumber manusia. 

2.HRIS dapat mewujudkan efektifnes dalam proses rekrument, training dan promosi (career 
path).

3.HRIS dapat membantu pihak pengurusan dalam membuat keputusan yang lebih baik melalui 
aplikasi analisis contohnya dalam perencanaan `headcounter`,pembiayaan kursus stimulasi 
dan sebagainya. 

4.HRIS membantu mempercepatkan urusan pentadbiran seperti urusan pemberian gaji, 
kelulusan cuti, urusan kenaikan pangkat , penilaian dan sebagainya. 

5.Sistem HRIS yang boleh dibuat secara online atau secara layan diri akan dapat menjimatkan 
masa dan kos pengurusan. 

Adanya sistem informasi dalam bentuk support system dari data-data yang diolah oleh software HRIS, akan dapat memberi nilai tambah dalam sesebuah organisasi. Dunia global sekarang bergerak dan berkembang maju dengan teknolgi.

Introduction

Pada asalnya aku merasakan subjek ini pasti membosankan sebab dah selalu jumpa dengan subjek yang berkaitan sumber manusia. Semester lepas tentang prinsip pembangunan sumber manusia , semester ni tentang sistem maklumat sumber manusia pulak.  Tapi bila dah masuk kelas nie , rasa best sangat  sebab pertama kerana dapat mengenali Dr Nur Naha. Kelas nie menarik kerana Dr dapat menarik kami dengan gayanya tersendiri..satu-satunya lecture yang cukup murah dengan SENYUMAN . Kedua...best dengar cara dia bercakap dalam bahasa Inggeris...(alangkah baiknya kalau kita boleh bercakap BI seperti dia) dan ketiga rasa seronok kerana Dr Nur Naha mempunyai persenoliti yang sangat menarik. Dia mengajar dengan penuh kasih sayang..selalu tersenyum..selalu tanya kita faham tak apa dia ajar...selalu minta kita soal dia..selalu buat joke bila nampak kami dah tak fokus, seronok dapat mengetahui banyak pekara baru yang dibawa oleh Dr Nur Naha Abd Mansor.  Rasa free nak  bagi idea dan Dr pun suruh kita buat blog masing-masing dan galakan kita beri komen secara "free" untuk subjek nie (Pengalaman pertama buat blog).

Sebenarnya bila kita nak buat apa sahaja...kita perlu ada ILMU.Bila dah ada ilmu, kita akan rancang pekerjaan kita dengan baik. Perancangan ini membantu kita untuk membuat sistem kita sendiri.  Pada pendapat saya sistem sumber maklumat ini merupakan satu keperluan yang perlu ada untuk memastikan sesuatu organisasi itu akan berjaya.

Melalui subjek ini kita boleh mengetahui bagaimana kita boleh mengatur strategi untuk memastikan organisasi kita berjaya.Dan untuk menguasai pasaran kita perlu ada teknologi sistem maklumat sumber manusia yang mantap. Teknolgi maklumat menjadikan 'dunia tanpa sempadan' dan 'maklumat dihujung jari'.

'On Globalising HRIS'

Menurut Dr Nur Naha, globalisasi memberi maksud dunia tanpa sempadan. Globalisasi menjadikan hubungan antara manusia semakin dekat dan mudah walaupun berada berlainan negara atau tempat. Contohnya dengan teknologi komunikasi individu A yang berada di Arab Saudi dapat berkomunikasi dengan individu B yang berada di Malaysia.

 Terdapat 3 strategi yang berlainan yang diperlukan untuk memastikan  sesebuah organisasi memilih model yang terbaik untuk diaplikasikan dalam organisasinya.

1.     Pekara yang perlu dititikberatkan adalah bagaimana model tersebut boleh memberi respond kepada model yang diaplikasikan . Contohnya HSBC bank di Malaysia perlu mempunyai sistem yang berbeza dengan HSBC bank di negara lain agar boleh disesuaikan keadaanya mengikut kepeluan pengguna di Malaysia. Sistem ini perlu boleh memberi feedback atau respond terhadap penggunaan sebrang model yang di pilih.

2.   Aspek kedua adalah melihat kepada kecekapan melalui hubungan secara global. Adakah model ini benar-benar efisen dan berupaya menguruskan dan mengendalikan sebarang urusan yang berkaitan dengan persaingan dan perniagaan dalam industri . Model yang dipilih harus memberi manafaat kepada organisasi.

3.   Aspek kemampuan perkongsian maklumat dan inovasi juga merupakan aspek yang sangat penting dalam memilih model yang digunakan dalam HRIS. Kemampuan model dalam menyebarkan maklumat dan produknya akan menjadikan pernigaan atau perkhidmatan yang dijalankan dapat berkembang dan bersaing diperingkat antarabangsa.

Terdapat 4 model yang utama yang dapat dilihat dalam HRIS.

1.  Model Multinational
Dalam model , organisasi mengambil pendekatan yang responsive untuk menguruskan sistem sumber manusia dengan mengambil kira perbezaan budaya atau persekitaran dan sensivitivi sesuatu tempat. Melalui model ini organisasi perlu mengurus pelbagai potfolio, menggalakan operasi tempatan secara bebas, memberikan kebebasan autonomi dalam syarikat .

2.  Model Global 
Model ini memerlukan syarikat memberikan pendekatan efisen di dalam melaksanakan dan mentadbir sistemnya dengan membina satu pusat sistem yang piawai atau standard. Selalunya pendekatan ini memerlukan keperluan tempatan yang menima.

3. Model International 
Model ini mengambil kira pendekatan pembelajaran dan perkongsian untuk melaksanakan dan menguruskan HRIS. Ianya dilakukan dengan cara memindahkan dan menyesuaikan diri dengan pengetahuan dan kepakaran yang dimiliki kepada organisasi tempatan disamping terus mengekalkan pengaruh yang agak besar dan kawalan ke atas organisasi-organisasi tempatan. Organisasi juga dilihat sebagai satu unit tambahan yang wujud hanya untuk menjalankan matlamat organisasi. Model ini lebih dilihat kepada model yang berada diantara model Multinational dan model Global .

4. Model Transnational. 
Model ini adalah gabungan dariapda model -model yang ada diatas. Model ini dikatakan  model yang paling baik yang boleh digunakan di dalam kebanyakan organisasi. Model ini mengggalakan persaingan yang efisyen, menggalakan peranan dan tanggungjawab yang boleh diubah, mencipta pembelajaran organisasi melalui fasilitis yang ada . Contohnya melalui rangkaian yang canggih dan sistemetik, masalah yang dihadapi oleh mana-mana syarikat dapat diatasi bersama dengan organisasi di luar negara.


Rujukan:
http://www.eghrmis.gov.my/
http://www.jeitosa.com/service/global-organizational-effectiveness-goe/
www.mcgraw-hill.co.uk/html/007136515X.html

`Using Information System For Gaining Competetive Advantage`

Dengan adanya IS , sesuah syarikat itu dapat mengatasi masalah persaingan yang wujud dalam dunia perniagaan. Persaingan sebenarnya sangat perlu dalam perniagaan kerana ia akan :-

i) Mewujudkan inovasi dan kualiti dalam pengeluaran sesuatu prodak ataupun perkhidmatan . 

ii) Menjadikan sebuah organisasi itu lebih cekap, lebih mantap dan dapat membina perniagaan yang berkualiti.

iii) Faktor yang membuatkan syarikat sentiasa berfikir , berusaha dan bertindak untuk menang dalam persaingan yang wujud dalam perniagaan . 

Organisasi yang sentiasa mahu bersaing akan mendapat tempat dalam industri mereka sendiri, iaitu perniagaan yang sentiasa menawarkan produk yang lebih baik dari segi kualitinya. Persaingan ini pastinya juga akan memberi keuntungan dan kebaikan kepada pengguna. Contohnya Syarikat Sony dengan  motonya 'How diffrent life because of technology' sentiasa mencari idea yang kreatif utnuk memastikan produknya berkualiti dan mampu bersaing dengan syarikat-syarikat lain seperti LG, Panasonic dan sebagainya.

Bagi memudahkan pemahaman, saya ingin memberi contoh persaingan antara syarikat Produa dengan Syarikat Proton dalam industri pengeluaran kereta di Malaysia.

a) 'Rivalry of competitor within its industry'.

Pertentangan dikalangan industri pastinya wujud kerana masing-masing ingin mengekalkan industi mereka dalam dunia pernigaan yang serba serbi penuh cabaran . Contohnya dalam industri pembuatan kereka , kita sedia maklum syarikat proton menghadapi pesaingnya dengan syarikat sedia ada dalam pasaran iaitu syarikat Produa.  Hanya syarikat yang mampu berdaya saing sahaja akan dapat bertahan dan mampu mencapai keutungan dalam pasaran.

b) `New entrants into an industry and its markets`. 

Pesaing baru dalam pasaran juga merupakan satu cabaran dalam sesuatu industri. Contohnya di Malaysia selain syarikat tempatan syarikat pengeluaran kereta lain seperti CHERY juga memberikan kesan kepada pembelian kereta Proton atau Produa. Syarikat telah mengambil langkah untuk memasang 2 dan SUV nya di Malaysia yang pastinya memberi saingan hebat kepada pembuat kereta lain di Malaysia. 2 Model itu adalah B14 dan Tiggo.Diramalkan tahun ini dan tahun hadapan (2008 & 2009) adalah jangkamasa pasaran MPV dan SUV mendapat samburan ramai. Kerana itu, kehadiran 2 model SUV dan MPV ini dilihat sebagai satu strategy bagus oleh Chery untuk menguasai pasaran Malaysia.

c) `Substitude products that may capture market share`  

Produk gantian yang boleh menguasai pasaran juga merupakan satu persaingan dalam industri. Contohnya selain kereta pelanggan juga boleh didedahkan dengan penggunaan basikal , motosikal, kenderaan awam untuk pergi ke destinasi yang diinginkan dan sebagainya. Cabaran-cabaran seperti inilah yang akan menyebabkan syarikat pengeluar akan sentiasa mencari dan mengggunakan teknologi maklumat dan teknologi  pembuatan untuk untuk mengetahui strategi  pasaran, kuasa permintaan pengguna, teknik pemasaran dan sebagainya. 

d) `Bargaining power of customers`

Kuasa yang ada pada pelanggan  membuatkan pelanggan ada kuasa untuk membuat pilihan. Matlamat pelanggan adalah kepuasan sedangkan matlamat pengeluar adalah keuntungan . Kuasa pelanggan ini akan membuatkan syarikat dengan teknologi maklumat yang ada , akan menghasilkan produk yang dapat memberikan kepuasan yang maksimum kepada pelanggan dengan harga yang berpatutan dan sekaligus akan mengikat pelanggan untuk terus menyukai produk yang dihasilkan oleh sesebuah syarikat.

e)`Barganing power of suppliers`. 

Kuasa pembekal bermaksud peniaga mempunyai kuasa mebuat pilihan untuk membuat keputusan tentang strategi yang digunakan untuk mereka terus bertahan dan bersaing dalam pasaran. Contohnya syarikat produa dan proton mempunyai kuasa dalam memberi harga terhadap produk mereka, merekabentuk kereta mengikut permintaan pelanggan dan sebagainya. 

Persaingan akan mewujudkan strategik dalam industri . Strategik persaingan adalah:-

a)`Cost Leadership`

Pengeluar biasanya akan cuba meletakan harga yang berpatutan (rendah) berbanding pesaing mereka untuk memastikan pelanggan terus kekal .

b) 'Differentiation Strategy'.
Pengeluarkan produk yang menarik dan berbeza dengan produk yang ada dipasaran akan menjadikan produk tersebut lebih diminati. Pelanggan biasanya cenderung untuk mencuba sesuatu yang baru sekiranya mereka merasakan produk tersebut menarik .

c) `Innovation Strategy`
Pengeluar yang bijak akan menghasilkan produk atau perkhidmatan yang unik, mesra pelanggan dan terbaik untuk menarik minta pelangganya. Contohnya Amazon dapat menguasai pasaran dengan pernigaan secara online. Pengguna hanya perlu mengakses laman webnya dan boleh membeli apa sahaja tanpa perlu keluar dari rumah. Segala-galanyanya boleh dibeli hanya dengan menggunakan  hujung jari.

d) 'Growth strategy'
Stretegik pertumbuhan ialah strategik yang digunakan untuk memperkembangkan perniagaan keperingkat global/antarabangsa. Contohnya syarikat Walmart dengan menggunakan teknologi sistem EDI boleh memperluaskan pernigaannya melalui sistem perhubungan dengan syarikat-syarikat supplier . Cntohnya sistem penyimpanan barang di walmart dihubungkan secara terus melalui teknologi komputer dengan syarikat pembekal. Jadi syarikat pembekal akan menghantar barangnya sekiranya sistem merekodkan stok barang telah berkurangan . Sistem sangat membantu perkembangkan perniagaan Walmart sehingga walmart menjadi sebuah pasaraya terbesar dunia.



Rujukan :
www.arenakereta.com/
en.wikipedia.org/wiki/Human_resource_management_system
Http:www.scribd.com/doc/51730547/HUMAN-RESOURCE-MANAGEMENT-SYSTEM

Wednesday, 26 October 2011

Tentang Diriku

Assalamualaikum W.B.T dan Salam satu Malaysia..
Buat pertama kalinya bagi  menyempurnakan tugasan untuk subjek SHP 3423 yang diberikan oleh pensyarahku Dr Nur Naha ...aku menulis blogku sendiri. 

Namaku Masini Bte Abd Latif. Berusia 34 tahun...masih lagi cik (Insyaallah semasa Dr Nur Naha membaca dan membuat penilaian tentang blogku ini...statusku mungkin akan berubah menjadi PUAN...Amin).Aku dibesarkan di Segamat Johor. Aku merupakan anak bongsu dan puteri tunggal  dalam keluargaku.

Semasa di sekolah aku merupakan pelajar yang aktif...menjawat jawatan sebagai pengerusi Sidang Redaksi semasa di tingkatan 6, juga merupakan Penolong Ketua Pengawas semasa di tingkatan 5, Naib Pengerusi Kelab Ketua-Ketua Tingkatan  semasa di tingkatan 4 dan banyak lagi. Selain aktif dalam sukan bola jaring aku juga aktif menyertai pertandingan Forum , Perbahasan dan penulisan esei di sekolah. Selepas menamatkan persekolahanku di tingkatan 6 Sekolah Tinggi Segamat, aku telah di bawa oleh keluarga angkatku ke Johor Bahru dan di sinilah bermulanya penghidupan dewasaku.

Aku bekerja di Pertubuhan Kebajikan Anak Yatim Johor atau lebih dikenali dengan nama Rumah Barkat.  Masuk tahun ni lebih kurang 12 tahun aku telah bekerja di sini. Asalnya hanya sebagai pengasuh menjaga anak-anak sambil tu mengajar tuisyen pada sebelah malamnya.

Sambil-sambil bekerja aku telah melanjutkan pelajaranku  mengambil Diploma Sains Komputer di Universiti Teknologi Malaysia , Skudai. Selepas berjaya memperolehi Diploma pada tahun 2007, majikanku telah menaikan jawatanku sebagai Pengelola Pendidikan ,Kebajikan dan Hal Ehwal Anak disini. Dengan jawatan baru ini aku telah didedahkan dengan urusan-urusan kerja di bahagian pentadbiran dan pengurusan . Oleh kerana itu aku sekali lagi mengorak langkahku menimba ilmu dengan melanjutkan pengajianku di UTM dalam jurusan Ijazah Sarjana Muda Pembangunan Sumber Manusia.

Sepanjang berkhidmat di sini banyak pengalaman yang aku perolehi.  Menjaga anak yatim bukan semudah yang kita sangka.  Banyak dugaannya.  Sekiranya kita berjaya menghadapi dugaan ini ,  memang kita akan merasai kelebihannya. Rasulullah  anak yatim,Rasullullah sayang dengan anak yatim ,Rasullullah juga sayang dengan orang-orang yang menjaga anak yatim.
Aku menyeru kepada masyarakat di luar sana..marilah kita menjalankan tanggungjawab kita terhadap golongan seperti ini, orang miskin,orang yang kurang berkemanpuan, golongan yang memerlukan bantuan kita. Ingatlah dengan adanya golongan seperti ni , mereka sebenarnya memberi ruang dan peluang pahala untuk kita . 

Tuesday, 25 October 2011

`The Web And Key Trends Changing Human Resources`

Kemunculan teknologi atau perubahan dalam teknologi membuat hidup manusia menjadi mudah. Dewasa ini kita dapat melihat  adanya  peningkatan yang begitu pesat  dalam teknologi dan sistem maklumat. Kita boleh melihat peningkatan dalam teknologi sistem maklumat ini sangat  memberi kesan kepada perubahan sumber manusia. Sebagai contoh, organisasi yang mempunyai Sistem Maklumat Sumber Manusia (HRIS) yang mantap seperti SHELL, Petronas, Walmart , AMAZON dan banyak lagi begitu mudah menguruskan sumber manusia di syarikat mereka walaupun melibatkan jumlah pekerja yang begitu ramai dan melibatkan pengurusan luar negara. Sebenarnya, sebelum ini, saya tidak mempunyai idea tentang HRIS sehingga saya  mengambil kursus HR di Universiti Teknologi Malaysia.
 
Sebenarnya bila kita nak buat apa sahaja...kita perlu ada ILMU.Bila dah ada ilmu, kita akan rancang pekerjaan kita dengan baik. Perancangan ini membantu kita untuk membuat sistem kita sendiri.  Pada pendapat saya sistem sumber maklumat ini merupakan satu keperluan yang perlu ada untuk memastikan sesuatu organisasi itu akan berjaya.

Melalui subjek ini kita boleh mengetahui bagaimana kita boleh mengatur strategi untuk memastikan organisasi kita berjaya.Dan untuk menguasai pasaran kita perlu ada teknologi sistem maklumat sumber manusia yang mantap. Teknolgi maklumat menjadikan 'dunia tanpa sempadan' dan 'maklumat dihujung jari'.


 


Definisi HRIS, Human Resources Information System (HRIS) adalah program aplikasi komputer yang mengatur cara pengelolaan  dan perlaksanaan  pengurusan SDM di syarikat bagi menyokong proses membuat keputusan atau biasa disebut dengan Decision Support System dengan menyediakan pelbagai maklumat yang diperlukan.

Pengertian menurut wikipedia.com, yang dimaksudkan HRIS adalah sebuah bentuk interseksi / pertemuan antara bidang ilmu pengurusan sumber manusia (MSDM) dan teknologi maklumat. Sistem ini menggabungkan MSDM sebagai suatu disiplin yang utamanya mengaplikasikan bidang teknologi maklumat ke dalam aktiviti-aktiviti MSDM seperti dalam hal perancangan, dan menyusun sistem pemprosesan data siri langkah-langkah yang terstandarisasi dan terangkum dalam aplikasi perancangan sumber syarikat / enterprise resource planning (ERP).

Secara keseluruhan sistem ERP bertujuan mengintegrasikan maklumat yang diperolehi dari aplikasi-aplikasi yang berbeza ke dalam satu sistem pangkalan data yang bersifat universal. Keterkaitan dari modul pengiraan kewangan dan modul MSDM melalui satu pangkalan data yang sama merupakan perkara yang sangat penting yang membezakannya dengan bentuk aplikasi lain yang pernah dibuat sebelumnya, menjadikan aplikasi ini lebih fleksibel tetapi juga lebih kaku dengan peraturan-peraturannya.

HRIS merupakan satu sistem di mana segala info mengenai Sumber Manusia dikumpul dan diproses untuk tujuan meningkatkan keberkesanan organisasi. Integrasi HRM dan Sistem Maklumat (IS) sangat berguna untuk organisasi melaksanakan fungsi-fungsi sumber manusia dengan cara yang lebih berkesan dan sistemetik menggunakan teknologi .

Fungsi HRIS
Fungsi HRIS mempunyai empat aktiviti utama iaitu:

1. Perekrutan dan Penerimaan (Recruiting and Hiring). SDM membantu menerima pegawai baru ke dalam syarikat. Sumber Manusia selalu mengikuti perkembangan terkini dalam peraturan kerajaan yang mempengaruhi amalan pekerjaan dan menasihati pihak pengurusan untuk menentukan polisi yang sesuai.

2. Pendidikan dan Latihan. Selama tempoh pekerjaan seseorang, SDM boleh menetapkan pelbagai program pendidikan dan latihan yang diperlukan untuk meningkatkan pengetahuan dan kemahiran kerja pegawai.

3. Pengurusan Data. SDM menyimpan database yang berkaitan dengan pegawai dan memproses data tersebut untuk memenuhi keperluan maklumat pengguna.

4. Penamatan dan admistrasi Faedah. Selama seseorang digaji oleh syarikat mereka menerima pakej faedah. Setelah penamatan, SDM mengurus program bersara syarikat bagi bekas pegawai yang berhak.


 Rujukan :
 1.Jogiyanto. Sistem Teknologi Informasi. Andi, Yogyakarta :249 257.
 2. Cornelius, Nelarine. 2005: 253-5. Information Technology in support of HRM.


Cita-citaku

Namaku Masini  Bte Abd Latif. Aku merupakan anak seorang tukang rumah yang berasal jauh dipendalaman. Aku dibesarkan dalam  suasana keluarga yang agak susah.Aku  anak bongsu satu-satunya puteri tunggal dalam keluargaku. Bersekolah di segamat dan selepas menamatkan pelajaran ditingkatan 6 aku berhijrah ke Johor Bahru  dan bekerja di Pertubuhan Kebajikan Anak Yatim Johor.
Dulu aku  bercita-cita ingin melanjutkan pelajaran ke universiti  namun  tidak kesampaian kerana masalah keluarga .Walaupun aku merupakan pelajar terbaik SPM di sekolahku ,aku hanya mampu ke tingkatan 6. Atas keinginan itu aku cuba menyambung cita-citaku semasa bekerja dan alhamdulillah aku berjaya melanjutkan pengajianku di UTM dan berjaya memperolehi Diploma Sains Komputer di UTM tahun 2007. Kemudian melanjutkan lagi cita-citaku untuk menggenggam segulung ijazah dengan mengambil bidang Ijazah Pengurusan Sumber Manusia juga di UTM bermula penghujung tahun 2008. 
Aku bersyukur dengan nikmat yang Allah berikan kepadaku.